Sunday, August 31, 2008

Apakah Impian Anda??

Impian - Apakah Impian Anda?

Kekayaan:

Sebagai manusia sudah pasti kita ada mempunyai impian. Benar atau tidak?? Kenapa kita perlu ada impian? Kehidupan ini hanya sekali. Jadi tak salah kita berimpian. Mungkin dengan adanya impian, ia akan memotivasikan kita utk membuat sesuatu yang lebih baik.
Tapi, adakah kita sudah mencapai impian yang kita impikan?? Berapa jauh keadaan kita sekarang dengan impian kita tadi??
Secara lumrahnya, semua manusia ada mempunyai impian hendak menjadi Kaya. Dalam kata lain, nak hidup senang. Tetapi ramai di antara kita telah memilih jalan yang salah untuk mencapai impian tadi. Apa yang berlaku, ada diantara kita yang terjebak kepada perjudian seperti Main nombor ekor, menipu, merampas hak orang dan sbgnya. Untuk kita menjadi kaya, ada byk jalan sebenarnya. Tetapi, jika kita hanya mahu kerja makan gaji, agak susah lah jika Anda ada impian nak jadi kaya. Sebab 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan.

Kesihatan:

Pernah tidak anda mendengar saudara, jiran2, rakan sepejabat yang meluah masalah kesihatan yang mereka alami?? Mungkin juga Anda pernah nampak orang yang Kaya, tetapi duduk terlantar berbulan-bulan di hospital, duduk di atas kerusi roda, makan terpaksa berpantang, tidak dapat bersukan @ bergaul dan sebagainya di sebabkan masalah kesihatan yang mereka alami. Jadi, kesihatan ini penting, bukan? Mesti kita tidak mahu perkara sebegini terjadi pada diri kita mahupun keluarga kita. Hari ini, orang sudah mula sedar betapa penting nya kesihatan.
Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahap kesihatan Anda? Ramai dari kita di sebabkan kesibukan bekerja, kita telah LUPA tentang Kesihatan kita.

Kebebasan:

Dalam erti kata lain ialah Merdeka. Apakah yang saya maksudkan Merdeka di sini? Kita selalu sibuk bila sampai hari Kemerdekaan Malaysia. Tetapi, Adakah Anda benar-benar sudah Merdeka? Ramai antara kita masih tidak sedar bahawa diri mereka masih di bawah jajahan. Erti kemerdekaan yang saya ingin sampaikan di sini ialah seorang yang bebas dari hutang, bebas dari segi masa dan bebas dari penyakit. Inilah impian setiap manusia. Bila sehat, jangan tunggu sampai sakit. Bila ada masa, jangan tunggu sampai sibuk.

Jika Anda ingin tahu di mana Anda boleh memiliki 3K di atas, sebenarnya ada di dalam perniagaan MLM. Cuma kita harus rajin dan bersabar untuk mencapai kejayaan di dalam MLM ini. Kata orang, ' Nak Senang itu susah, Nak Susah itu Senang, Bukan Senang nak Senang, Bukan Susah nak Susah'. Jika anda belum menceburi bidang MLM, cepat 2 bertindak untuk menceburi sambil mengkaji setelah anda menjadi Ahli. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang ketinggalan Zaman. Akhir kata dari saya,

' Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan'.


No comments: