Sunday, August 31, 2008

Apakah Impian Anda??

Impian - Apakah Impian Anda?

Kekayaan:

Sebagai manusia sudah pasti kita ada mempunyai impian. Benar atau tidak?? Kenapa kita perlu ada impian? Kehidupan ini hanya sekali. Jadi tak salah kita berimpian. Mungkin dengan adanya impian, ia akan memotivasikan kita utk membuat sesuatu yang lebih baik.
Tapi, adakah kita sudah mencapai impian yang kita impikan?? Berapa jauh keadaan kita sekarang dengan impian kita tadi??
Secara lumrahnya, semua manusia ada mempunyai impian hendak menjadi Kaya. Dalam kata lain, nak hidup senang. Tetapi ramai di antara kita telah memilih jalan yang salah untuk mencapai impian tadi. Apa yang berlaku, ada diantara kita yang terjebak kepada perjudian seperti Main nombor ekor, menipu, merampas hak orang dan sbgnya. Untuk kita menjadi kaya, ada byk jalan sebenarnya. Tetapi, jika kita hanya mahu kerja makan gaji, agak susah lah jika Anda ada impian nak jadi kaya. Sebab 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan.

Kesihatan:

Pernah tidak anda mendengar saudara, jiran2, rakan sepejabat yang meluah masalah kesihatan yang mereka alami?? Mungkin juga Anda pernah nampak orang yang Kaya, tetapi duduk terlantar berbulan-bulan di hospital, duduk di atas kerusi roda, makan terpaksa berpantang, tidak dapat bersukan @ bergaul dan sebagainya di sebabkan masalah kesihatan yang mereka alami. Jadi, kesihatan ini penting, bukan? Mesti kita tidak mahu perkara sebegini terjadi pada diri kita mahupun keluarga kita. Hari ini, orang sudah mula sedar betapa penting nya kesihatan.
Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahap kesihatan Anda? Ramai dari kita di sebabkan kesibukan bekerja, kita telah LUPA tentang Kesihatan kita.

Kebebasan:

Dalam erti kata lain ialah Merdeka. Apakah yang saya maksudkan Merdeka di sini? Kita selalu sibuk bila sampai hari Kemerdekaan Malaysia. Tetapi, Adakah Anda benar-benar sudah Merdeka? Ramai antara kita masih tidak sedar bahawa diri mereka masih di bawah jajahan. Erti kemerdekaan yang saya ingin sampaikan di sini ialah seorang yang bebas dari hutang, bebas dari segi masa dan bebas dari penyakit. Inilah impian setiap manusia. Bila sehat, jangan tunggu sampai sakit. Bila ada masa, jangan tunggu sampai sibuk.

Jika Anda ingin tahu di mana Anda boleh memiliki 3K di atas, sebenarnya ada di dalam perniagaan MLM. Cuma kita harus rajin dan bersabar untuk mencapai kejayaan di dalam MLM ini. Kata orang, ' Nak Senang itu susah, Nak Susah itu Senang, Bukan Senang nak Senang, Bukan Susah nak Susah'. Jika anda belum menceburi bidang MLM, cepat 2 bertindak untuk menceburi sambil mengkaji setelah anda menjadi Ahli. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang yang ketinggalan Zaman. Akhir kata dari saya,

' Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan'.


Saturday, August 30, 2008

Pengguna Bijak Merangkap Usahawan

Apakah maksud tajuk di atas?? Bagaimana pengguna boleh jadi usahawan..?? Jawapan nya ada di dalam MLM. Cuba kita kira brapa kos perbelanjaan kita dalam masa sebulan?? Katakan belanja sebulan kita untuk belanja dapur sekitar RM 300.

Soalan 1:

Berapa lama dah kita berbelanja di kedai A tersebut?

Soalan 2:

Apakah faedah yg kita capai sepanjang kita berbelanja di kedai A tadi?

Soalan 3:

Tahukah anda berapakah nilai yang Anda sumbangkan secara percuma kepada kedai A setiap bulan?

Sebagai peniaga, Kedai A pasti akan mengambil untung runcit di atas setiap perbelanjaan kita. Biasanya keuntungan sekitar 20% - 30%. Ambil kata Kedai A mengambil untung sekitar 25% dari perbelanjaan kita(RM 300) setiap bulan.

kira - kira :

1 bulan - RM 300 x 25% = RM 75 (inilah nilai yg kita beri kepada tauke kedai A secara percuma
setiap bulan dlm kita tak sedar)

1 tahun - Rm 75 x 12 = RM 900 ( inilah nilai yg kita beri kpd tauke kedai A setiap tahun)

10 tahun - Rm 900 x 10 = Rm 9000 ( inilah nilai yg kita beri selepas 10 tahun berbelanja di
kedai A)

Cuba anda bayangkan kalau keluarga kita, kawan2, jiran mahupun penduduk setempat di tempat anda tinggal berbelanja sama seperti kita di kedai A. Berapakah keuntungan yg bakal tauke kedai A akan dapat? Anda kira lah.

Alangkah baik jika keuntungan tadi kita bahagi sama rata kepada semua Rakan pengguna seperti Anda!! Ini lah MLM. Dengan hanya menjd pengguna bijak kita berpeluang menjadi usahawan bila mengajak org menjadi ahli dan mengguna spt kita. keuntungan pula kita berkongsi sama rata. Daripada menguntungkan sebelah pihak sahaja. Renung-renungkan lah...

Wahai rakan pengguna, Marilah kita menjadi AHLI dan menjadi Pengguna Bijak Merangkap Usahawan.

C u at the TOP!!

Peluang Berniaga CNI - Tekun

Bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, tetapi masih menemui jalan buntu untuk memilih jenis perniagaan. Di sini lah peluang untuk ANDA mencuba. Perniagaan yang modalnya rendah, tetapi pulangannya tinggi. Sebab, zaman ini memang ramai antara kita yang masih mencari-cari peluang untuk berniaga. Saya tahu masih ramai yang masih ragu-ragu dengan perniagaan MLM. Kini, di Malaysia khasnya sudah banyak bukti yang menunjukkan kekuatan perniagaan MLM.

Program Cni - Tekun adalah program bagi menggalak golongan bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan. Sebagai rakyat Malaysia, saya menyambut baik atas keperihatinan kerajaan untuk membuka peluang ini kepada golongan bumiputra. Jangan lepaskan peluang untuk memulakan perniagaan ini secara serius. Tak ada ruginya kita mencuba jika belum pernah mencuba. Ini juga boleh dijadikan peluang pekerjaan kepada graduan2 yang masih mencari peluang pekerjaan. Program ini hanya layak kepada ahli CNI sahaja. Kita layak meminjam sehingga RM 5000 untuk peringkat permulaan. Usah bimbang jika anda rasa anda adalah orang baru dalam perniagaan ini. Sebab, ada kursus khas bagi yang betul2 hendak blajar. Saya pasti, semua org berpotensi untuk menceburi bidang perniagaan ini.

Kenapa MLM jadi pilihan??

Semua kita adalah pengguna. Setiap hari kita akan menghadapi produk harian yang kita gunakan seperti berus gigi, shampoo, sabun cuci,alat solek dan sbgnya. Sebagai Pengguna, kita sebenarnya berhak untuk memilih di mana kita harus berbelanja. Sebab, dengan hanya menjadi Pengguna Bijak merangkap usahawan, ada di dalam syarikat MLM khasnya CNI. Dengan hanya memindahkan tempat anda berbelanja ke syarikat MLM pilihan ANDA, di situlah bermulanya titik kejayaan yang akan anda kecapi. Selepas itu, Anda ajak kenalan anda untuk menjadi ahli dan mengguna produk seperti Anda. Itulah proses awal dalam melakukan MLM. Ianya seperti A,B,C,D.

A = Anda menjadi Ahli.
B = Belanja dan guna barang di syarikat MLM kita (CNI).
C = Cerita apa kelebihan produk yang telah Anda guna.
D = Duplikasi. Kongsikan apa yang anda tahu kepada rakan niaga Anda. Buat seperti apa yang
Anda lakukan. Ajak rakan2, saudara mara, jiran2 dan mana2 kenalan anda untuk menjadi ahli dan guna barang seperti Anda.

Bila 4 perkara di atas anda telah lakukan, baru akan timbul E.

E = Ekonomi mula meningkat.

Untuk Anda bertahan di dalam MLM, Anda harus ada 4 S.

S = Service
S = Selling
S = Sponsoring
S = Schooling

Inilah modal utama untuk anda memulakan perniagaan MLM.