Sunday, December 27, 2009

Pinjamkan Telinga Anda........buat seketika

Bagi usahawan baru MLM, anda perlu melaksanakan 7 perkara asas setiap hari bagi membuktikan keazaman anda.

a. Menggunakan Produk

Anda perlu menguasai maklumat lengkap tentang produk. Seorang usahawan yang tidak
mengenali produk sendiri tentu tidak yakin dengannya. Keyakinan timbul melalui
pembelajaran. Tanpa pembelajaran, anda tidak akan memiliki ilmu, seterusnya menimbulkan rasa tidak yakin dan tidak berani mencuba sesuatu atau menjualnya...

CNI menekan setiap usahawan menjadi pengguna 100% barangan CNI. Setelah merasa kesan
penggunaan produk, barulah usahawan lebih yakin untuk menjual @ bercerita kepada
kenalan.

b. Mencari Ahli Baru ( downline )
Senaraikan nama kenalan terlebih dahulu untuk anda merancang membuat perjumpaan dan
berkongsi peluang kepada kenalan anda. Anda akan dapati sebenarnya ramai orang yang
sesuai bagi membantu anda mengembangkan kerjaya CNI, termasuklah jiran tetangga,
pekerja supermarket, agen hartanah, penjaja, guru tuisyen anak anda dan sesiapa pun org
di sekeliling anda.

Apabila mencari ahli baru melalui senarai nama anda : biasanya 1 dari 3 keadaan berikut akan
berlaku:

- Berjaya mendapat ahli baru - laksanakan khidmat susulan.
- Berjaya menjual produk - laksanakan khidmat pelanggan berterusan.
- Tidak berminat ketika ini - hubungi secara kerap

Mencari ahli baru adalah langkah permulaan anda mengembangkan kerjaya dan peluang untuk
anda meningkatkan prestasi dan peluang berkongsi pengalaman bersama saudara mara dan
sahabat handai.

c. Melayan Pelanggan
Melayan pelanggan adalah syarat yang paling penting dalam jualan langsung. Keikhlasan dan
senyuman adalah kualiti yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan. Jangan sesekali
menganggap melayan pelanggan sebagai tugasan dan prosedur semata-mata, sebaliknya anda
perlu lakukannya dengan kasih sayang dan prihatin. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh
pelanggan perlu dijawab satu persatu. Jika anda tidak tahu jawapan, tanya rakanniaga yang
lain. Jangan sesekali berdalih @ memberi andaian dari perspektif sendiri.

d. Menyusuli Downline
Setelah pelanggan anda berubah menjadi downline, di sinilah titik permulaan kejayaan anda
malahan downline anda sekali. 3 bulan pertama, downline anda berada dalam tempoh
menyesuaikan diri. Jadi anda perlu banyak membimbing selain sentiasa membantu mereka
menyelesaikan masalah. Anda juga boleh membantu mereka menetapkan matlamat dan
mengajar mereka cara mengadakan home sharing.

Sebagai ushawan, Home Sharing adalah majlis paling sesuai utk membuat penjualan. Jika anda
meluangkan satu jam untuk menerangkan satu produk, tetapi melalui home sharing anda
boleh berkongsi maklumat yang sama dengan lebih daripada satu orang. Biasanya
perhimpunan keluarga dihadiri oleh sahabat, saudara dan jiran dalam suasana ramah mesra.
Tambahan pula sesetengah orang tidak rela menghadiri taklimat yang serius. Ingatlah bahawa
kemesraan dalam perhimpunan keluarga mempunyai pengaruh yang kuat dalam menyentuh
perasaan orang lain.

e. Menghubungi Upline

Selalulah menghubungi upline dan mengikuti bimbingan mereka. Anda perlu berfikir
bahawa jualan langsung adalah suatu usaha berkumpulan. Oleh itu, anda tidak dapat berjaya
jika anda berusaha seorang diri. Upline mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk
membantu menyelesaikan banyak masalah anda, termasuklah masalah diri dan teknik
menjual produk.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu bergantung kepada bantuan upline, sebaliknya
anda harus berusaha gigih dan melatih diri supaya berdikari.

f. Membaca Buku Dan Mendengar Rakaman

Berapa lamakah sikap bersungguh-sungguh seseorang itu bertahan? Jawapannya mungkin
sebulan, 2 minggu atau 3 hari. Daya ingatan manusia ada masa tempohnya; kemalasan
kadang kala memberi kesan yang sangat besar, malah di luar jangkaan manusia. Jika anda
tidak selalu membaca buku dan mendengar rakaman atau menghadiri kursus, ilmu
pengetahuan akan mudah luput dari ingatan dan lambat laun anda akan kehilangannya.

Membaca buku dan mendengar rakaman serta berlatih berulang kali akan memberi kesan
yang mendalam kepada jiwa seseorang dalam merangsang usahawan untuk bekerja dengan
lebih tekun dan gigih. Sementara itu, pengaruh ayat-ayat motivasi dalam bahan bacaan akan
semakin bertambah mengikut kekerapan membaca. Lama kelamaan, pengaruh itu menjadi
daya dorongan yang sangat besar dan kuat untuk kita bekerja.

g. Menghadiri Semua Mesyuarat

Apakah agenda mesyuarat? Mesyuarat meliputi perihal menggunakan alat-alat bantuan
jualan, teknik demonstrasi produk, pemahaman nilai-nilai dan ciri jualan langsung, perbezaan
antara jualan langsung dengan pekerjaan tradisional, konsep jualan langsung, pengurusan,
pendidikan, mengubah sikap dan mencungkil bakat.

Hasil nukilan dari buku HATI YANG IKHLAS.... dari GAN AH SENG.